Monday, January 13, 2014

~ Hakikat Ku Cintaimu Prolog & Bab 1


Prolog


Berdebumm!!!!
“Astaghfirullahalazim!” Itu sahaja yang mampu terluah apabila Perodua Myvi kesayangannya sudah mencium sisi kiri Mitsubishi Lancer ungu yang tiba-tiba memasuki parkir yang sedari tadi lagi ditunggu oleh Mia Qistina. Mia Qistina berang lantas keluar dan melihat keretanya. Kepala yang tak gatal digarunya. Kereta pemberian papanya itu sudah kemek.
“Aduhai..my ebi aku dah kemek habis. Gilalah orang ni,”bisiknya.
“Woi Cik Adik!” ada satu suara garau menyergahnya.


Dia memandang ke arah seorang lelaki yang berdiri di hadapannya. ‘Isk.  ada ke patut panggil aku macam tu. Inilah orang Melayu. No manners,’ monolog Mia Qistina dengan perasaan bengang.
“Assalamualaikum Cik Abang! Dah la langgar kereta saya, panggil saya pun ‘woi’ apa kes? Ni habis kereta saya. Awak ni tak reti ke yang saya tunggu dari tadi lagi. Ni parking saya la.  Awak selamba badak nak masuk tu kenapa. Ni kereta saya siapa nak ganti rugi?’ marah Mia Qistina tersembur juga biarpun mata lelaki tadi tajam merenungnya.
“Waalaikumussalam Cik Murai. Dah habis ke awak membebel. Masalahnya sekarang awak yang langgar kereta saya. Kenapa pulak yang saya kena ganti rugi? Lagipun tak ada tulis pun ini parking awak. Nasib baik kereta saya tak ada apa-apa Cuma calar je. Kalau tak, kesian kat awak kena bayar baiki untuk dua kereta.” Sinis lelaki itu.
‘Muka saja handsome. Perangai ego mengalahkan gajah. Handsome ke? Lantaklah. Muka handsome tapi perangai k.o tak ada orang nak buat laki. Dahla panggil aku murai.’ Detik hati kecilnya.
Tidak sempat Mia Qistina membalas kata, lelaki itu pergi begitu sahaja meninggalkannya terkontang-kanting. Terpaksalah dia menelefon abangnya meminta bantuan. Niat hendak mencari ketenangan menimbulkan satu bebanan lagi. ‘Tension! Tension! Tension!’


BAB 1

            Mia Qistina baru sahaja pulang dari Butik Pengantin Lydia. Penat sungguh dia mencuba beberapa pasang baju pengantin yang ditempah oleh mamanya. Rimas. Dia menghempas tubuhnya ke sofa. Tudung Ariani hitam putih bercorak abstrak itu dibuang dari kepalanya dan diletakkan di tepi. Rambut panjang yang disanggul sedari tadi diuraikan. Kalaulah ini bukan kali kelima mamanya menyuruh ke butik itu, pasti saja dia tidak akan ke situ. Meluat dengan gaya si Lydia yang mengada-ngada ala-ala perempuan melayu terakhir itu tak usah disebutlah. Ingin sahaja dihemburkan amarahnya kepada Lydia namun, didiamkan, bimbang juga andai si Lydia itu tiba-tiba sahaja menunjukkan kejantanannya. Tak menang tanah Mia Qistina hendak lari nanti.      
            Mia..” tegur Puan Maisarah yang datang dari dapur bersama Encik Qairul. Selesai makan tengah hari mungkin.        
Mia Qistina menoleh ke arah mamanya. Romantik betul kedua ibu bapanya itu. Umur makin senja pun, ke sana ke mari masih berpegangan tangan, tambah lagi sejak papanya itu bersara, makin rapatlah hubungan mereka. Bahagianya kalau dia mendapat suami seromantik Encik Qairul. Mia Qistina menganyam cita agar suaminya suatu hari nanti sebaik papanya.
Mia Qistina mengeluh. ‘Argh! Mama papa bercinta dulu sebelum kahwin. Memanglah romantik. Aku ni entah apa-apa,’ desis Mia Qistina.
Mia Qistina kembali ke alam nyata apabila pahanya ditepuk kuat oleh Puan Maisarah.
“Kamu ni kenapa Mia? Kejap mengeluh, kejap termenung,”soal mamanya.
Mia Qistina tersenyum hambar. Bukan mamanya tidak tahu apa yang bermain di benaknya, saja aje nak tanya. Mia Qistina memejamkan matanya. Mulutnya belum mahu bersuara.
“Mia.. Mia.. Kamu kenapa? Penat aje papa tengok,” soal Encik Qairul pula yang duduk menghadapnya dengan senaskhah akhbar Berita Harian di tangannya.
“Penatlah ma,pa,” balas Mia Qistina pendek.
Sekali lagi dia menerima tamparan di paha oleh Puan Maisarah. Pedih. Mia Qistina membuka matanya. Paha kiri itu digosok-gosok. Mukanya dimasamkan tanda protes.
“Mama ni kenapa pukul-pukul orang? Sakit tau,” kata Mia Qistina.
“Haa, itulah. Orang duk bercakap dengan dia, dia buat tak tahu aje. Ni, mama nak tanya, pergi fitting baju dah?”
Mia Qistina menguap. Kantuk masih bersisa gara-gara Puan Maisarah pagi-pagi lagi telah mengejutkannya daripada lena. Ikutkan hati, nak kejungkan badan tapi apabila Puan Maisarah ugut untuk menyiramnya dengan air, cepat-cepat dia buka mata. Mamanya bukan boleh dibuat main. Tak memasal nanti katilnya basah.
“Dah pergi. Tak pergi kang mama bising pulak,” jawab Mia Qistina acuh tak acuh.
Puan Maisarah menggelengkan kepalanya. Tidak berpuas hati dengan jawapan anak daranya yang seorang ini. Keras benar hati Mia Qistina. Langsung belum boleh menerima tentang perkahwinannya. Penat dia memujuk, namun anaknya itu tetap degil. Semua urusan pernikahan itu, dia yang uruskan, bermula dari atucara pertunangan, jemputan, hantaran, malah pakaian anak gadis itu. Mia Qistina langsung tidak mempedulikan hal itu. Siapa bakal suaminya, malah nama suaminya juga tidak diambil tahu. Mujurlah dia sanggup juga menghadiri kursus perkahwinan dan menjalani ujian HIV walaupun tanpa bakal suaminya.
“Mia, sampai bilalah nak macam ni?” soal Puan Maisarah kesal.
            “Mia ni. Janganlah macam ni. Tak lama dah nak kahwin tau,” ujar Encik Qairul pula, agak kurang senang dengan gelagat Mia Qistina.
“Ma,pa.. Mia tak nak kahwin lagi. Mia masih muda lagi. Mia nak kerja dulu. Lagipun, biarlah Mia cari calon suami sendiri. Mia tak kenal pun anak kawan mama tu. Tak bestlah macam ni. Abang tu tak kahwin tak apa. Menyampahlah macam ni. Nampak sangat mama dengan papa dah tak sanggup nak tanggung Mia. Mia tak suka tahu tak bila orang atur perkahwinan Mia.” Mia Qistina menghamburkan perasaannya untuk kesekian kalinya.
“Mia cakap apa ni. Tak baik cakap mama dengan papa macam tu. Kami nak Mia jadi matang, berdikari. Dari dulu sampai sekarang duk bawah ketiak mama papa aje,” kata Encik Qairul sedikit tegas.
“ Tak payah nak kata apa-apa. Mama dah uruskan semuanya. Sama ada Mia nak atau tak,Mia kena kahwin dengan Ikhwan jugak. Minggu depan majlis tunang kamu, minggu seterusnya akad nikah dan majlis perkawinan kamu,” tegas Puan Maisarah pula.
Mia Qistina terkedu apabila Puan Maisarah telah mengatur semua perancangan tanpa persetujuannya. Dia mengeluh lagi. Apalah gunanya dia bertegang urat dengan kedua orang tuanya itu. Semuanya akan berlansung tak lama lagi.
“Tapi ma....”Tak sempat Mia Qistina menghabiskan kata, Encik Qairul terlebih dahulu memotong bicara.
“Mia,cubalah sekali dengar cakap kami. Ikhwan tu baik orangnya. Berharta pula. Kami buat semua ni untuk kebaikan Mia. Lagipun, Mia tu perempuan, abang tu lelaki, abang kahwin lambat pun tak apa. Walau apa pun, keputusan kami muktamad Mia.” Apabila Encik Qairul meletakkan kata putus, memang tak ada peluang langsung untuk bersuara.
            Mia Qistina memberontak sendiri dan mengambil keputusan untuk keluar mencari ketenangan biarpun badannya masih pegal-pegal. Tidak kuasa lagi untuk menghalang perkahwinan tersebut. Dia hanya diberitahu setelah semuanya telah selesai diatur. Kereta Myvi kuning miliknya dipandu laju menghala ke One Utama. Membeli-belah merupakan terapi utama Mia Qistina andai jiwanya kusut. Pasti ada saja yang dibelinya, mengalahkan Rebecca Bloomwood, watak utama novel kegemarannya iaitu Shopaholic Series hasil karya Sophie Kinsella. Pernah juga dia berdoa agar suaminya nanti tidaklah kedekut persis Luke Brandon. Kalaulah boleh lelaki seperti itu, hancur hobinya selama ini.
‘Aduhai mama,papa. Tak kesian ke kat Mia ni. Siapalah lelaki tu. Kenal pun tidak. Takkanlah kolot sangat lelaki tu sampai setuju je nak kahwin dikeneng-keneng. Entah-entah sikit pun tak hensem. Hancusla mama oi. Tak ada chance Dennis Trillo nak pinang Mia lepas ni. Haiya..’omel Mia Qistina mengenangkan nasib malangnya itu.
***
            Berdebumm!!!!
“Astaghfirullahalazim!” Itu sahaja yang mampu terluah apabila Perodua Myvi kesayangannya sudah mencium sisi kiri Mitsubishi Lancer ungu yang tiba-tiba memasuki parkir yang sedari tadi lagi ditunggu oleh Mia Qistina. Mia Qistina berang lantas keluar dan melihat keretanya. Kepala yang tak gatal digarunya. Kereta pemberian papanya itu sudah kemek.
“Aduhai..my ebi aku dah kemek habis. Gilalah orang ni,”bisiknya.
“Woi Cik Adik!” ada satu suara garau menyergahnya.
Dia memandang ke arah seorang lelaki yang berdiri di hadapannya. ‘Isk.  ada ke patut panggil aku macam tu. Inilah orang Melayu. No manners,’ monolog Mia Qistina dengan perasaan bengang.
“Assalamualaikum Cik Abang! Dah la langgar kereta saya, panggil saya pun ‘woi’ apa kes? Ni habis kereta saya. Awak ni tak reti ke yang saya tunggu dari tadi lagi. Ni parking saya la.  Awak selamba badak nak masuk tu kenapa. Ni kereta saya siapa nak ganti rugi?’ marah Mia Qistina tersembur juga biarpun mata lelaki tadi tajam merenungnya.
“Waalaikumussalam Cik Murai. Dah habis ke awak membebel. Masalahnya sekarang awak yang langgar kereta saya. Kenapa pulak yang saya kena ganti rugi? Lagipun tak ada tulis pun ini parking awak. Nasib baik kereta saya tak ada apa-apa Cuma calar je. Kalau tak, kesian kat awak kena bayar baiki untuk dua kereta.” Sinis lelaki itu.
‘Muka saja handsome. Perangai ego mengalahkan gajah. Handsome ke? Lantaklah. Muka handsome tapi perangai k.o tak ada orang nak buat laki. Dahla panggil aku murai.’ Detik hati kecilnya.
Tidak sempat Mia Qistina membalas kata, lelaki itu pergi begitu sahaja meninggalkannya terkontang-kanting. Terpaksalah dia menelefon abangnya meminta bantuan. Niat hendak mencari ketenangan menimbulkan satu bebanan lagi. ‘Tension! Tension! Tension!’
            Setengah jam kemudian baru abangnya muncul bersama seorang lelaki memakai kemeja biru tua. Mia Qistina menceritakan setiap inci kejadian yang telah berlaku. Muhammad Qayyum hanya menggelengkan kepala mendengar cerita adik bongsunya. Adiknya itu memang cuai. Bukan baru kali ini saja adiknya kemalangan tetapi sudah masuk kali kedua puluh gamaknya. Mujur ada Zaid teman baiknya datang membantu. Zaid lah yang membawa kereta Perodua Myvi Mia Qistina ke bengkel.

***
Muka Mia Qistina sudah masam mencuka dek sepanjang jalan mendengar bebelan Alongnya, Muhammad Qayyum perihal keretanya sebentar tadi. Bengkak sungguh hati Miq Qistina. Bukan dia minta keretanya begitu. Dia pun tidak menyusahkan sesiapa tetapi apakan daya. Dia perlukan bantuan dan siapa lagi kalau bukan satu-satunya abang yang dia ada.
            “Adik ni kena belajar berdikari tahu tak. Ini sikit-sikit call along. Kalau dibuatnya Along sedang mesyuarat, macam mana?” omel Muhammad Qayyum sambil menumpukan perhatiannya dilemparkan ke arah jalan terbentang luas di hadapan mereka.
            Mia Qistina berdecit. “Along, kalau adik ni lelaki, adik tak panggil along tahu tak. Adik dah buntu nak mintak tolong siapa tapi kalau along rasa adik ni memang menyusahkan along, tak apalah,” lirih Mia Qistina memancing simpati Muhammad Qayyum.
            Muhammad Qayyum menggeleng kepalanya. Ada sahaja hujah yang mematahkan omongannya. “Okay. Okay. Along bukan apa. Along nak adik along ni berdikari jugak. Cuba selesaikan dulu. Kalau tak boleh jugak, baru call along. Nampak gayanya betul apa yang mama kata. Adik ni dah patut kena kahwin. Baru berubah sikit perangai tu.”
            Mia Qistina menjengkilkan matanya. Lagi-lagi soal kahwin yang disebut-sebut. Dia belum bersedia. Hati dia belum terbuka untuk bercinta. Cukup sekali dulu dia dikecewakan dan kesannya hingga sekarang masih terasa. Baginya, lelaki-lelaki di luar sana sama sahaja. Mementingkan paras rupa dan harta. Jumpa perempuan dahi licin sikit, mulalah tergoyah imannya.
            “Along.. Berapa kali adik cakap.. Adik tak nak kahwin. Tolong jangan paksa adik boleh tak? Balik rumah, mama papa suruh kahwin. Jumpa along, sebut hal sama. Serabutlah,”luah Mia Qistina.
            “Adik.. Bukalah hati adik semula. Adik dah masuk dua puluh empat tahun. It’s the time for you to think about your future. Lelaki macam Fitri tu hanya minoriti sahaja.”
            Mia Qistina menjeling sekilas pada alongnya. Bibir bawahnya digigit kecil. Mengapa alongnya perlu menyebut nama lelaki itu lagi di depannya?

No comments:

Post a Comment