Wednesday, May 14, 2014

Top 5 Love Diseases



“Ara, buat apa lagi dekat sini?”
“Aunty.. Ara nak jumpa Afif. Tolong izinkan Ara masuk jumpa Afif! Please aunty.. Ara rindukan Afif. Sekejap pun, jadilah. Tolong Ara ya aunty!”
“Afif tak ada! Dari semalam tak balik ke rumah!”

Friday, January 31, 2014

MKR ~ BAB 6 -



BAB 6

“HEY… dia ni lagi! Perempuan lain dah pupus agaknya!” Gerutu hati kecil Megat Danial apabila dari jauh lagi sepasang anak matanya menangkap kelibat gadis yang gemar bertegang urat dengannya, sedang melangkah masuk menerusi pintu belakang hotel. Siapa lagi jika bukan Cik Misha aka Elmi Husna.

Thursday, January 23, 2014

Datang Dengan Cinta { Bab 4 }


SEGALANYA sudah siap sedia terhidang di atas meja. Hanya menanti untuk dimakan sahaja lagi. Rumah teres dua tingkat di pinggir bandar milik Puan Zainah terang benderang disinari cahaya neon.

Jam dinding di ruang makan menunjukkan tepat pukul 8.00 malam. Puan Zainah, Haini, Boboi dan Mislia sudah sedia di meja makan.

“Ehh….Mak Tom jemputlah makan sekali,” pelawa Mislia.

“Err… tak apa… kamu semua makanlah dulu. Perut Mak Tom belum lapar lagi. Biasanya lepas solat isyak barulah Mak Tom makan,”

Mislia hanya mampu tersenyum apabila mendengar jawapan dari Mak Tom.

“Mak Tom memang selalu begitu Kak Lia… jarang nak makan bersama kami,” beritahu Haini mencelah.

“Kamu semua makanlah dulu, biar Mak Tom ke dapur dulu,” pinta Mak Tom sebelum beredar.

Lauk masak lemak cili padi pucuk paku dengan ikan masin berulamkan pengaga itu cukup menyelerakan. Haini turut menambah nasi dan lauk. Boboi tiba-tiba kepedasan kerana tergigit cili padi.

“Air…air….airrr!,” teriak Boboi.

Puan Zainah menggelengkan kepala apabila melihat Boboi yang kepedasan.

“Itulah… lain kali hati-hati bila makan. Jangan gelojoh sangat!” ujar Puan Zainah kepada anak bongsunya itu. Haini dan Mislia turut tersenyum melihat Boboi yang agak kelakar itu.

Masa terus berlalu. Kini sudah hampir pukul 9.30 malam. Boboi sudah masuk kkamar tidurnya. Puan Zainah masih lagi di ruang tengah rumah sedang membelek-belek naskah akhbar hari itu. Sudah menjadi kebiasaannya bagi Mak Tom menghadap pakaian yang bertimbun selepas makan malam. Banyak pakaian yang harus dilipat dan digosok.

Sementara itu Haini dan Mislia turut berada di kamar. Sebenarnya kedatangan Mislia ke Kuala Lumpur kali ini kerana ingin menghadiri satu bengkek penulisan. Dia adalah seorang pendidik yang bertugas di salah sebuah sekolah kebangsaan di Melaka. Sejak akhir-akhir ini dia mula bergiat menceburi bidang penulisan. Dia mengambil kesempatan cuti semester pertama persekolahan ini untuk mengikuti satu kursus penulisan.

“Berapa hari kursus tu Kak Lia?”

“Cuma dua hari saja…”

“Wah! Sekaramg Kak Lia nak jadi seorang penulis pulak… cayalah!” usik Haini kepda sepupunya yang hanya lima tahun lebih tua darinya.

“Alah… bukannya apa… cuma suka-suka saja. Kak Lia bukanlah nak jadi penulis terkenal macam sasterawan negara tu. Iyalah… sekadar mengisi masa yang terluang,”

“Rasa-rasanya belum ada lagi penulis wanita yang jadi sasterawan negara… jadi tak mustahil Kak Lia boleh merebut tempat tu!” usik Haini kepada sepupunya itu.

“Hiss… Along macam perli Kak Lia saja… apa kata orang, jauh panggang dari api!”

“Ehh… belum cuba belum tahu…”

“Sudahlah tu Along… jangan nak merepek. Along macam mana?”

“Macam mana apa?”

“Maksud Kak Lia… Along tak minat menulis ke?”

“Along nak buat cerita? Tulis surat cinta bolehlah! Along takut penulis lain tak dapat cari makan pulak!” seka Haini dengan gaya berseloroh.

Haini ketawa kecil. Mislia turut tersenyum sambil menggeleng kepala apabila melihat gelagat sepupunya itu.

“Kalau Along boleh tulis surat cinta… Kak Lia yakin Along boleh tulis cerita,” tambah Mislia cuba menyakinkan Haini yang masih lagi tergelak kecil.

“Tulis surat cinta mana sama dengan tulis cerita Kak Lia. Setahu Along…..seorang penulis perlukan penghayatan agar cerita yang ditulis benar-benar menarik pembacanya,”

“Memang betul kata Along tu… kita perlukan bahan atau pengalaman untuk menghasilkan sesuatu cerita. Macam menulis surat cinta, dari perasaan kita akan luahkan ke atas kertas. Kemudian di tambah dengan pemilihan kata-kata yang sesuai. Maklumlah warkah untuk sang kekasih… ayat-ayatnya berbunga-bunga… boleh menggugah perasaan. Kadang-kadang orang yang sedang di alam percintaan ni, sanggup menulis berkajang-kajang kertas. Agaknya kalau dikumpul-kumpulkan boleh dibuat buku atau novel!” seka Mislia dengan panjang lebar.

“Kak Lia bolehlah… Along tak pandailah nak mengarang cerita panjang-panjang,”

“Betul kata Along tu tapi tak akan jadi cerita yang panjang kalau kita tidak bermula dengan ayat yang pendek,” pintas Mislia tidak mahu melemahkan semangat sepupunya itu.

“Alah… buat karangan masa sekolah dulupun rasanya tak sanggup… inikan pulak nak berangan menulis panjang-panjang. Memang tak sanggup…” seka Haini bagaikan memberi isyarat tidak sanggup melakukan kerja menulis itu.

“Kak Lia tahu… Along berbakat cuma tak sanggup nak mencuba… cuba ambil peluang untuk mencuba…”

“Ermm… entahlah, nantilah Along fikirkan…”

Haini terasa juga dirinya dicabar oleh sepupunya itu.Terdetik juga rasa di hati ingin mencuba menulis apabila Mislia memberi perangsang kepadanya. Teringin juga dia melihat namanya tertera pada kulit novel karangannya. Teringin juga namanya dikenali ramai. Teringin juga gambarnya tersiar di dada-dada akhbar tempatan dan… fikirannya mula menerawang jauh.

Mislia hanya tersenyum kecil apabila melihat Haini tersenyum sendirian. Mesti ada sesuatu yang mencuit hatinya saat itu.

“Apa yang dimenungkan tu Along?”

Haini tersentak. Dia mengelamun rupanya. Malunya rasa hati apabila ditegur begitu.

“Err… tak ada apa-apalah. Tiba-tiba saja Along rasa dah jadi penulis yang terkenal. Macm… Kak Lia!” sempat juga Haini mengusik Mislia.

Mislia cuba mencubit peha sepupunya itu tetapi sempat dielak oleh Haini. Walaupun mereka berdua jarang berjumpa tetapi hubungan mereka amat mesra.

“Kak Lia ada sesuatu untuk Along…” ujar Mislia sebelum berlalu meninggalkan Haini. Dia segera mendapatkan beg pakaiannya. Sebuah bungkusan kecil dikeluarkan.

“Terimalah cenderahati dari Kak Lia,” dihulurkan bungkusan tersebut  lalu Haini menyambutnya.

 “Untuk Along? Hari jadi Along pun lambat lagi…” ujar Haini bagaikan teruja menerima cenderahati tersebut. “Ehh… apa ni Kak Lia?”

“Kak Lia tahu tapi buka sajalah…”

Haini rasa tidak sabar dan segera membuka balutan kertas berwarna yang membaluti cenderahati itu. Sebuah novel hasil tulisan Lia Asmara berada di tangannya.

“Wah! Tak sangka Lia Asmara tu adalah Kak Lia sebenarnya! Dalam diam-diam Kak Lia dah ada novel sendiri… seronoknya!”

Mislia tersenyum meleret apabila Haini memujinya. Haini nampak ghairah memegang novel itu.

“Ini novel pertama Kak Lia… baru saja terbit… insyaAllah yang lain akan menyusul…”

“Hmm… tak sabar nak baca! Along rasa teruja pulak. Mesti dah dapat duit royaltinya, boleh belanja Along makan!”

Mislia tersenyum lagi.

“Along teringin nak makan satey!”

“Makan saja yang Along fikirkan… mana ada dapat royalti lagi sebab novel ni baru saja terbit. Nanti lepas setahun barulah dikira royaltinya. Buat masa ni adalah sikit, sekadar wang pendahuluan…” ujar Mislia kepada sepupunya itu. “Tapi kalau setakat nak belanja Along makan satey… bila-bila pun boleh, tak payah nak tunggu duit royalti… lambat!”

Malam itu mereka berdua banyak bercerita tentang dunia penulisan.

“Apa macam… Along nak cuba tak?”

“Bila tengok novel Kak Lia ni… teringin juga rasa hati tapi…”

“Tak ada tapi-tapi lagi… kalau ada kemahuan, Along kena cari jalan… bukan cari alasan. Tak payah nak fikir panjang-panjang. Sekarang Along banyak masa terluang. Sambil-sambil jaga kedai bunga Mama, Along boleh menulis atau mengarang. Kalau sehari sebaris ayat… lama-lama jadilah sebuah buku,” kata Mislia yang sentiasa memberi perangsang kepada Haini.

“Apa cerita yang Along nak buat? Nak cari idea pun Along tak tahu. Macam mana Kak Lia cari idea dan mengarang cerita?” soal Haini, mula berminat.

“Tak susah nak cari idea. Termenung pun boleh dapat idea. Dari pengalaman hidup… Kak Lia olah untuk dijadikan bahan cerita. Contohnya novel remaja ni… sebahagiannya adalah kisah benar Kak Lia sendiri. Kak Lia pernah dikecewakan, jadi Kak Lia karanglah cerita tersebut. Macam kita masak lauk… nak sedap kenalah tambah pelbagai ramuan dan bahan perasa. Terpulanglah pada kita bagaimana nak mengawal cerita tersebut,” terang Mislia panjang lebar bagi memancing minat sepupunya itu.

“Cuma satu petua penting perlu ada dalam diri setiap jiwa penulis iaitu tabah dan tidak berputus asa. Walau apa-apa berlaku kita mesti berusaha menyiapkan karya itu. Mungkin ambil masa berbulan… mungkin juga bertahun. Lagi satu kalau rajin sekarang ada banyak kursus-kursus penulisan… kita boleh ikut serta… macam yang Kak Lia buat sekarang untuk menambah ilmu,” tambahnya lagi.

Haini mendengar dengan teliti. Tekun dia mengamati butir kata yang dibicarakan oleh Mislia. Sesekali dia mendenguskan nafasnya, bagaikan mengeluh.

“Susah jugak nak jadi penulis ni… banyak syarat yang terpaksa diikuti,” keluh Haini.

“Kalau Along tak sabar… macam mana nak melahirkan karya yang bagus!”

“Hai… entahlah…” keluhnya memanjang.

“Mengapa ni? Macam ada yang tak kena saja. Along ada masalahkah?” teka Mislia apabila mendapati sepupunya itu bagaikan mula hilang minat terhadap topik yang sedang dibincangkan.

“Err… tak ada apa-apa. Cuma Along dah rasa mengantuk. Tengok tu… jam dah pukul 12.30 malam,” Haini menunding jarinya ke arah jam dinding di dalam kamarnya. Mislia juga tidak menyangka, asyik leka berbual tanpa sedar kini sudah hampir lewat malam.

“Okeylah… nanti kita sambung lagi esok,” ujar Mislia.

Sementara itu, Haini terus menyembamkan badannya ke arah katil yang sememang menanti tubuhnya yang gebu itu. Mislia turut mengambil tempat bebaring di sisinya.

Hampir pukul 3 pagi. Haini masih lagi belum dapat melelapkan matanya. Walaupun dia rasa mengantuk tetapi matanya tidak mahu tidur. Saat itu fikirannya mula berkecamuk. Udara malam itu dirasakan panas membahang. Dia mula terasa rimas dan lemas.

Haini terkenangkan Johari. Pemuda yang dikenali dua tahun yang lalu. Mereka sering bersama tetapi entah mengapa secara tiba-tiba Johari mula berubah hati terhadap dirinya. Kenangan bersama Johari amat membelenggunya saat itu. Hinggakan menjadi mimpi ngeri tatkala dia ingin melelapkan mata.

Dia memejamkan matanya. Berkali-kali namun masih juga tidak berjaya menghapuskan wajah Johari yang mula terkembang di layar ingatannya saat itu. Ohh! Alangkah nanar jiwanya saat itu. Buat apa dia kenangkan Johari lagi sedangkan segalanya sudah tidak bermakna lagi. Baringannya turut tidak selesa. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Mislia telah jauh hanyut di alam mimpi. Alangkah indah hidup ini kalau tidak ada masalah seperti Kak Lia, detik hati kecil Haini cuba melayan perasaannya.

“Ehh… mengapa Along tak tidur lagi?” soal Mislia yang terjaga tiba-tiba. Dia cuba menarik kain selimut yang sudah terlepas hingga ke kaki.

“Entahlah Kak Lia. Along rasa panaslah!”

Mislia mengetap bibir. Menggeleng-gelengkan kepalanya dan seperti kehairanan.

“Panas? Kak Lia rasa sejuk… Along rasa panas pulak!” beritahu Mislia seraya memandang kipas yang sedang berputar di siling kamar itu.

Mislia bangun lalu menghampiri Haini yang sedang duduk sambil memaut kedua-dua lututnya.

“Tentu Along ada masalah ni… kalau tak masakan Along nampak gelisah saja,” seka Mislia sambil mengesat-ngesat matanya yang masih terasa kelat.

“Tak ada apa-apalah Kak Lia. Along sendiri tak tahu mengapa Along tak boleh tidur,” Haini cuba memberi dalih.

Hakikatnya, dia sedang menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan sepupunya itu. Dia tidak mahu berkongsi masalah yang dianggap terlalu peribadi. Biarlah segalanya ditanggung sendiri.

Mislia tidak dapat berbuat apa-apa.  Dia kembali semula mendapatkan bantal empuk yang setia menanti. Dia kembali menyambung mimpinya yang terputus. Lagipun, esok dia akan menghadiri seminar penulisan yang akan berlangsung selama dua hari berturut-turut. Ditinggalkan Haini yang masih terkedip-kedip melawan matanya.

Fikiran Haini masih lagi menerawang jauh. Melayang jauh dan terus menjauhkan bayang wajah Johari dari ingatannya. Jarum jam terus berdetik. Entah pukul berapa matanya terlelap, dia sendiri tidak pasti. Malam terus berlalu meneman mimpinya sampai ke pagi.