Tuesday, January 14, 2014

~ MKR : BAB 3 HEROIN PENYELAMAT KEADAAN



“Awak lagi?” Megat Danial yang tadinya berwajah berang bertukar sebaliknya. Sedikit lega, bermakna bukan dia dan perempuan itu sahaja berada di ruang sederhana besar ini.


“Err... sorry Encik, saya bukan menceroboh apatah lagi nak tumpang tidur! Saya cuma ambil ni,” telefon berjenama Nokia dengan latar belakang warna hitam putih dilayang-layangkan ke udara.



“Saya cuma ambil ni, sumpah!” Ucap Misha cuba menyakinkan Megat Danial dan yang lain-lain. Hampir tujuh pasang anak mata memerhatikan dirinya yang masih duduk bercangkung di lantai bilik air.
“Bangun!” Sergah Megat Danial sepatah. Sejurus itu, kaki dihayun ke birai katil menggapai baju kemeja yang terdampar di situ. Dari ekor mata, Maya yang yang sudah siap berpakaian di kerling. Satu lagi manusia yang harus dilenyapkan dari pandangan matanya! “Tunggulah!” Desis hati kecilnya berbisik perlahan, sesudah itu gadis yang masih termangu di dalam bilik air dipandang lagi. 
“Dari tengahari tadi awak duduk dalam bilik air! Apa, tak siap-siap lagi kerja awak tu?” Sindir Megat Danial seraya menyarung kemeja ke tubuh! Sesudah itu, Misha yang baru menapak keluar segera mendekati.  .
“Eh, dah lama saya siap Encik! Tapi handset saya tertinggal dalam bilik air ni!” Aju Misha berterus terang.
“Bila awak keluar?” Soal Megat Danial lagi.
“Lepas siap cuci, saya terus keluar!” Jawab Misha perlahan.
“Kunci pintu atau tidak?” Megat Danial terus terusan menyoal. Misha menghela nafas, jawapan yang diberi pasti akan mengheret dirinya di dalam permasalah yang berlaku seketika tadi.
“Err... tak! Sebenarnya saya lupa Encik! Saya terus aje keluar, saya minta maaf!” Aju Misha lambat-lambat. Wajah ditundukkan, tidak berani melawan pandangan tajam milik Encik Megat Danial. Penghuni bilik hotel mewah ini!

“Awak punca kepada semuanya!!” Gerutu Megat Danial bersama pandangan tajam. Misha kecil hati lantas mencerlung pandang ke arah lelaki yang suka menyalahkan individu lain di dalam masalah berkait.
“Ikut sedap mulut Encik aje! Kalau bercakap tu, tolonglah jaga hati orang sama! Ini tidak, senang-senang hati menuduh itu ini! Pintu bilik Encik, jadi Enciklah yang patut kunci! Saya ni cuma cuci bilik, bukan kunci bilik Encik!” Hambur Misha dengan panjang lebar. Tidak fasal-fasal, dia juga dipagut baran!
“Awak melawan saya? Awak tinggikan suara di depan saya? How dare you,” ujar Megat Danial seraya menapak menghampiri gadis yang langsung tidak takutkan dirinya.
“Memang saya berani, habis Encik nak buat apa pada saya? Nak paksa Encik Danny pecat saya? Hah, silakan! Saya pun dah terlalu bosan dengan manusia spesis Encik! Tahu nak salahkan orang aje!” Satu persatu patah bicara itu terhambur keluar dari pinggir bibir Misha. Oh, ternyata dia puas hati dengan apa yang diluahkan seketika tadi.
“Danny, kau tengok budak ni! Kau tengok,”  Megat Danial sudah bercekak pinggang di hadapan Misha yang mendongak menancap raut wajahnya. Mata dijelingkan dengan sinis pandangan itu ditebarkan! Sedikit pun tidak menghiraukan pandangan manusia-manusia yang lain. Manusia yang berada sama di dalam kamar peraduannya.
“Oit... Oit... sabar jap!” Danny mendekati sepupunya itu lalu menghalang Megat Danial dari terus menghampiri pekerja yang masih lengkap dengan uniformnya itu.
“Kau tengok budak ni, aku bengang betul!” Hambur Megat Danial bersama rahang yang bergerak-gerak menahan resah amarah. “Dengan perempuan pun kau nak gaduh?” Soal Danny hairan.
“Bukan nak gaduh, aku tak suka orang melawan cakap aku!” Bentak Megat Danial tidak mahu mengaku salah. “Yelah... yelah.. Misha, lepas ni jangan melawan cakap Encik Megat ya. Dia ni pantang kalau ada yang melawan cakap!” Gumam Danny pula.
“Kenapa pula Encik, dia yang tak hormatkan saya! Kenapa saya kena bercakap baik-baik dengan orang yang tiada budi bahasa!” Selar Misha enggan mengalah.
“Kau tengok tu,” Megat Danial semakin berang.
“Uweekkkk...!” Misha menjelir lidah ke arah Megat Danial lalu cuba mengatur langkah meninggalkan ruang hangat membahang itu secepat mungkin!
“Wait.. waits...” Danny menghalang.
“Apa ni Encik? Saya nak balik, dah lewat ni! Lagipun, waktu kerja saya dah lama habis tahu!” Ujar Misha seraya mengerling Megat Danial. Benci betul!
“Awak tak boleh balik lagi, awak perlu ke pejabat agama!” Gesa Danny membuatkan Misha dihambat perasaan tidak senang. Mengapa pula dia yang harus ke pejabat agama? Sedangkan yang ditangkap khalwat adalah lelaki itu bersama teman wanitanya. Dan mengapa dia yang tiada kena mengena harus dipertanggungjawabkan sama? Ah, pelik betullah dunia ni!        
“Ikut saya,” ucap Danny perlahan memujuk.
“Kenapa pula? Saya dah lambat tahu, esok saya shift pagi!” Gumam Misha enggan menurut.
“Tolonglah Misha, saya yakin awak nampak semuanya! Tolong jelaskan keadaan sebenar, hanya awak seorang sahaja yang mampu bersihkan nama Megat Danial.” Pujukan Danny kembali menyapa.
“Encik ni kenapa? Bela sangat mamat sengal tu?” Soal Misha hairan. Jangan-jangan Encik Danny punyai hubungan songsang dengan lelaki bernama Megat Danial. Oh, tidak! Misha tekup mulut!
“Mamat sengal?” Ulang Danny bersama kerutan di wajah. “Err..  maksud saya Encik Megat!” Perbetul Misha tidak lama kemudian.
“Oh, dia tu! Memang saya terpaksa bela, dia sepupu saya! Lagipun, dia ni bos besar hotel ni!” Ucap Danny bersama wajah yang bersungguh. Mata Misha membulat, tiba-tiba sahaja liur yang ditelan terasa pahit. Seolah-olah dia sedang berdiri di mulut singa  yang sedang ternganga! Bila-bila masa sahaja bakal dibaham!
“Misha, tolong saya eh! Saya janji, kalau Encik Megat terlepas dari dakwaan ni. Saya akan naikkan pangkat awak!” Danny berharap Misha sudi merungkai kemelut yang sedang melanda sepupunya itu.
“Encik Danny, tak baik  Encik rasuah saya!”  Misha meluahkan rasa. Cuba untuk mengelak!
“Bukan rasuah, tapi reward!”
“Tak kisahlah, tapi ada imbal balik pada pertolongan yang saya beri dan dengan itu bermakna ada niat tertentu disebaliknya!”
“Okey, saya rasa esok awak boleh sambung ceramah awak tu. Sekarang, tolong Encik Megat.” Tekan Danny setelah menyedari Misha seperti enggan membantu, lalu dia terpaksa menggunakan sedikit kekerasa.
“Kita selesaikan masalah ni di pejabat kami! Di sana semua keterangan dari Encik, Cik dan staf Encik akan diambil dan disiasat!” Sedang Danny melakukan sesi paksa pujuk, suara pegawai pencegah maksiat menyapa halwa telinga. Misha mengetap gigi! Ah sudah, dia juga terlibat sama!

“ARGGHH... saya dah mengantuk ni!” Misha sudah membebel. Kuap sudah berkali-kali singgah di pinggir bibir. Sesekali raut wajah Encik Danny dikerling melalui ekor mata. Lelaki itu sedang berbual di telefon! Sekejap tersenyum, dan seketika kemudian lelaki itu tersipu-sipu malu! Megat Danial pula masih disoal siasat. Lama sungguh!
“Encik Danny, berapa lama lagi saya kena tunggu?” Misha tidak mampu lagi bersabar.
“Shh... saya tengah calling ni!” Bisik Danny berharap Misha menutup sahaja mulutnya sambil jari telunjuk dilekapkan di kedua ulas bibir. Memberi isyarat agar gadis itu senyap seketika.
“Saya dah penat tahu! Esok saya kerja pagi!” bebel Misha masih tetap tidak berganjak dengan pendiriannya. Namun bicaranya tidak mendapat respon Danny, lelaki itu sedang asyik melayani panggilan yang masuk. “Ah, tensionnya aku!” gerutu hati kecil Misha bersama rasa bengang yang tidak sudah!

Sedang Misha menjeling tajam ke arah lelaki bernama Danny yang sedang menapak menjauhinya, daun pintu terkuak dari dalam. Senyuman Megat Danial bersama pegawai yang menguruskan kes tangkapan tadi menyapa ruang mata.
“Maafkan kami kerana menyusahkan Encik!” Ucap pegawai berkopiah putih itu lagi. Tangan dihulur lalu salam berjabat!
         “It is okay,” sahut lelaki itu seraya menguntum senyum.
“Kadang kala keadaan seperti ini sering juga terjadi, maka dengan itu kami perlu berwaspada dan berhati-hati menjalankan siasatan agar tiada pihak yang teraniaya!” Luah pegawai itu lagi.“Lain kali, berhati-hatilah!” Sambungnya tidak lama selepas itu.
“Insyallah, terima kasih Encik! Kalau dah settle semuanya, saya balik dulu!” Gumam Megat Danial meminta izin untuk pulang.
“Ya, sama-sama!” Angguk lelaki itu seraya kembali masuk ke dalam bilik pejabatnya. Dan serentak itu juga Danny memutuskan talian dan terus sahaja mendapatkan sepupunya.
“Weh, amacam? Boleh settle tak?” Danny muncul dengan tiba-tiba.
“Settled!” Balas Megat Danial sepatah.
“Cayalah beb!” Tutur Danny dengan raut wajah ceria. Bahu sepupunya ditumbuk perlahan.
“Jom balik,” arah Megat Danial tanpa memperdulikan Misha yang masih duduk termangu di kerusi panjang di luar bilik pejabat pegawai pencegah maksiat tadi.
“Misha, jom balik! Saya hantarkan awak!” Tawar Danny bersama segaris senyuman.
“Tak naklah Encik, saya minta kawan saya jemput saya di sini!” Tolak Misha dengan perasaan kecewa yang amat sangat! Bukan sahaja tiada ucapan terima kasih, bahkan lelaki ego seperti Megat Danial menganggap dirinya seperti dia tidak wujud di situ. Sungguh menyakitkan hati! Tak kenang budi!
“Eh, janganlah macam tu Misha. Tadi saya bawa awak ke sini, dan balik mestilah saya yang hantarkan!” Aju Danny dengan tidak senang dengan penolaka Misha.
“Tak apalah Encik, saya boleh balik sendiri!” Misha masih teguh dengan pendiriannya.
“Eii.... janganlah macam tu! Kalau ada lelaki jahat ke.. perompak ke.. perogol ke... macam mana? Bahaya tahu, lagipun dah lewat sangat!” Protes Danny sambil mengambil tempat di sebelah Misha yang berwajah murung.
“Tak apalah Encik, saya boleh jaga diri saya sendiri! Lagipun saya dah besar,” luah Misha dengan ayat-ayat tanpa perisa rasa.
“Tak boleh! Tak boleh! Awak kena ikut saya balik! Saya hantar awak sampai depan pintu rumah awak! Awak staf saya, kalau apa-apa terjadi, saya juga yang susah nanti!” Ujar Danny berharap Misha tidak lagi menolak.
“Cepatlah! Aku dah mengantuk tahu tak!” Tiba-tiba Megat Danial menyampuk. Kata-katanya seoalah-olah ditujukan kepada Danny, tetapi sebenarnya diperdengarkan kepada Misha yang sedang jual mahal.
Danny yang duduk segera bangkit lalu menghampiri sepupu yang sering kali naik darah. “Sabarlah bro, Misha ni staf kita! Takkan nak tinggalkan dan biarkan dia balik sorang-sorang!” Hambur Danny sedikit kesal. Bukan mahu berterima kasih, bahkan memperlekehkan pula pekerja houkeeping itu. Sungguh tidak wajar!
“Kau jangan nak baik sangatlah dengan budak tu, Danny! Jangan-jangan dia pun sama nak menganiaya aku! Bersubahat!  Lagipun, celah mana pula si mangkuk hayun Maya tu ada kunci bilik aku?” Desak Megat Danial ingin tahu.
“Kau jangan nak tuduh sebarangan Di, tak baik!” Ucap Danny pula. Sesekali dia kerling raut Misha yang sudah cemberut.
“Baik ke.. tak baik ke... aku ni dah hampir-hampir kena fitnah! Kau tak rasa, kau tak tahu Danny! Tak pasal-pasal aku ke sini malam-malam buta macam ni! Memang kurang ajar,” bentak Megat Danial di dalam rasa amarah yang tidak tertanggung apabila peristiwa mengaibkan itu kembali menerjah minda.
“Aku tahu kau kena fitnah, tapi takkanlah Misha punca kau kena fitnah! Dia ni budak housekeeping aje!” Bantah Danny tetap tidak mahu menerima telahan sepupunya itu.
“Budak houskeepinglah yang ada kunci spare! Siapa lagi!” Balas Megat Danial bersama jelingan tajam ke arah Misha. Sesudah itu dia mengalih pandangan, lalu bafas dihela lagi.
Kerana tidak menjaga hatinya, Misha terus sahaja bersuara. “Encik Megat Danial, dengar sini baik-baik!” Misha bangkit lalu menapak mendekati lelaki itu.
“Encik ingat... saya ni hadap sangat nak fitnah Encik? Tolong  cermin diri tu dulu! Encik ingat, Encik tu handsome sangat ke?” Misha menyoal bersama riak yang sengaja mengundang amarah Megat Danial. Terjuih-juih bibirnya menuturkan baris-baris kata itu.
“Hello... please... bersepah lagi lelaki kacak dan berbudi bahasa di luar sana yang boleh saya fitnah dan dapatkan manfaat darinya! Setakat lelaki macam Encik, bagi percuma pun saya tak mahu!” Jerit Misha sesudah itu. Tanpa berlengah lagi, Misha mengorak langkah meninggalkan perkarangan yang menjadi saksi dia memarahi majikan sendiri. Ah pedulikan!
“Kau tengok, kau tengok tu Danny....” Megat Danial memerhatikan setiap langkah Misha dengan perasaan sebal.
“Ha padanlah muka kau! Siapa suruh kau tuduh dia sesuka hati! Budak tu bukannya macam perempuan lain! Boleh kau pijak dan gunakan!” Hambur Danny turut kesal dengan sikap tidak matang sepupunya itu.

“NAIK cepat!” Ujar Megat Danial menjemput Misha masuk ke dalam perut keretanya.
“Naiklah!” Bentak Megat Danial apabila Misha enggan menurut. Kereta dipandu perlahan sambil menyaingi langkah Misha yang pantas.
“Eh, degil betullah budak ni!” Gerutu bibirnya sambil menghentak stereng kereta. Danny pula sudah hilang entah kemana, katanya mahu pulang bersama. Alih-alih, menarik diri setelah sebuah kereta bersama beberapa orang gadis seksi mempelawa sepupunya itu keluar bersiar-siar. Siapa lagi jika bukan teman bersosial Danny!
“Nak naik ke, tak nak?” Sekali lagi Megat Danial menghambur bicara. Misha buat tidak reti, sejujurnya sepasang tapak kaki itu sudah lenguh dan sengal-sengal kerana menapak hampir 500 meter. Semuanya gara-gara telefon bimbit sudah kehabisan bateri! Nita tidak jadi dihubungi dan terpaksalah dia menapak dari pejabat agama pulang ke kediamannya!
Melihat kedegilan Misha, Megat Danial terus sahaja menekan pedal minyak lalu berhenti di hadapan Misha yang sedang mengorak langkah.
“Awak nak bunuh saya ke apa?” Marah Misha apabila dirinya tersentak disapa bunyi enjin kereta yang menderum sebelum berhenti betul-betul di hadapannya. Kesan tayar bergesel dengan jalan raya jelas terlihat di ruang mata! Megat Danial keluar dari perut kereta lalu Misha dihampiri.
“Masuk sekarang!” Ajunya sambil menoleh ke arah keretanya seketika.
“Kalau saya tak nak masuk macam mana?” Misha cuba bermain rasa.
“Ini bukan pilihan!” Bentak Megat Danial sedikit keras. Misha masih berdegil dan enggan menurut!
“Masuk!” Jerkahnya kuat. Misha mendengus sebelum menarik pintu kereta seluas-luasnya. Megat Danial pula langsung sahaja menapak ke bahagian pemandu lalu pintu kereta itu ditarik dan tubuh diboloskan ke dalam perut kereta.
“Masuk!” Ucap Megat Danial apabila Misha masih tegak berdiri si sisi pintu kereta yang sudah terbuka.
“Masuklah!” Tanpa dapat ditahan-tahan lagi Megat Danial terus sahaja menghambur rasa amarahnya. Geram dengan sikap Misha yang degil dan enggan menurut! Kepala batu!
Melihat kemarahan Megat Danial sudah sampai ke kemuncaknya, Misha terus sahaja memboloskan diri ke dalam perut kereta. Sebagai mempamerkan rasa bengang, pintu kereta itu dirapatkan sekuat mungkin! Dan perbuatannya itu, berjaya menarik jelingan maut Megat Danial.
         “Kau nak cabut pintu kereta aku ke minah?” Hambur lelaki itu sambil mengetap gigi. Geram!
         “Entahlah!” Misha jungkit bahu seraya memaling wajahnya ke arah luar kereta. Malas mahu melayan!



No comments:

Post a Comment