PUAN
SARA
masih lagi berada di bengkel kereta tempat di mana keretanya diperbaiki. Sudah
hampir satu jam dia menunggu di situ. Masih lagi belum siap keretanya. Dia nampak gelisah. Jam tangannya menunjukkan
waktu semakin menghampiri pukul 4.30 petang.
“Lambat lagi ke siapnya
kereta ni?” tanya Puan Sara seakan tidak sabar lagi menunggu di situ. “Saya ada
hal ni… nak pergi hospital… melawat orang sakit…”
“Rasanya tak boleh
siaplah puan… ada barang nak kena pesan… kami tak ada stok… kalau esok boleh
siap.”
“Esok!”
Puan Sara melihat
sekali lagi jam di tangan. Gelisahnya mula memanjang. Serta merta wajah Dzar
Aqashah, anak bujangnya mengapung di depan mata. Dia tidak ada pilihan lain
selain daripada menghubungi Dzar Aqashah. Walaupun Dzar Aqasha pasti marah atau
bising kerana masa ini adalah masa untuknya bermain futsal mahupun berjumpa
kawan-kawan. Puan Sara terpaksa dan cuba mendail nombor telefon bimbit Dzar
Aqasha.







