Prolog
Berdebumm!!!!
“Astaghfirullahalazim!”
Itu sahaja yang mampu terluah apabila Perodua Myvi kesayangannya sudah mencium
sisi kiri Mitsubishi Lancer ungu yang tiba-tiba memasuki parkir yang sedari
tadi lagi ditunggu oleh Mia Qistina. Mia Qistina berang lantas keluar dan
melihat keretanya. Kepala yang tak gatal digarunya. Kereta pemberian papanya
itu sudah kemek.
“Aduhai..my
ebi aku dah kemek habis. Gilalah orang ni,”bisiknya.
“Woi
Cik Adik!” ada satu suara garau menyergahnya.






