“Ara, buat apa lagi
dekat sini?”
“Aunty.. Ara nak jumpa
Afif. Tolong izinkan Ara masuk jumpa Afif! Please aunty.. Ara rindukan Afif. Sekejap
pun, jadilah. Tolong Ara ya aunty!”
“Afif tak ada! Dari
semalam tak balik ke rumah!”
“Tapi Ara nampak dia
dekat atas tadi. Ara nak jumpa Afif... tolong Ara aunty! Ara rindukan Afif”
“Sudah tu Ara... pergilah
balik! Jangan malukan aunty dengan jiran-jiran! Anggap sahaja jodoh kamu tak
panjang! Sudah, pergi balik! Jangan menyemak depan rumah aunty lagi....”
“Aunty.. izinkan Ara
jumpa Afif.. sekalipun cukup. Ara janji bila Ara dah jumpa Afif.. Ara takkan
datang lagi. Ara merayu pada aunty..”
“Afif tak ada!”
“Kereta dia ada.. Ara
tahu Afif ada di dalam! Ara betul-betul nak jumpa Afif.. tolong izinkan Ara
jumpa Afif.”
“Ara.. berapa kali aku
nak cakap! Afif tak ada.. kau tak faham bahasa ke apa? Kalau dia ada sekalipun,
kau ingat dia sudi berjumpa dengan perempuan macam kau. Kau balik.. sedar diri
yang kau tu bukan tunang dia lagi!”
“Kami belum putus lagi
aunty... kami masih bertunang. Tengok cincin ni... ada lagi dekat jari Ara. Ara
belum tanggalkan!”
“Cincin tu tak ada
apa-apa makna! Tolong jangan buat kacau... pergi balik!”
“Aunty...”
“Aku cakap balik.. baik
kau balik!”
“Ara nak jumpa Afif..
Ara cuma nak tahu kenapa dia bencikan Ara.. Ara cuma nak dengar kenapa dia
sanggup pukul Ara dan tinggalkan Ara dekat tepi jalan. Kenapa Afif pertahankan
perempuan tu, sedangkan Ara masih lagi tunang dia . Ara cuma nak tahu, kenapa
dia buat Ara begini. Apa salah dan dosa Ara pada dia. Cuma itu sahaja yang Ara
mahu Afif jelaskan!”
“Afif... ke sini! Cakap
pada perempuan tak tahu malu ni, yang kita akan ke Penang dan meminang Jue
sekejap lagi. Hujung bulan nanti, kenduri Afif dengan Jue akan berlangsung! Ha,
jangan lupa beri kad jemput kahwin tu pada dia! Kalau dah beri kad jemputan
pun, masih tak faham-faham.. tak tahulah nak kata apa lagi!”
“Tapi aunty.. Ara masih
lagi tunang Afif.”
“Pergi jahanam dengan
status tunang yang kau sanjung sangat! Kau balik Ara... jangan rosakkan
persiapan kami! Balik! Aku tak nak tengok muka kau tiap-tiap malam tidur depan
pagar rumah aku ni lagi! Berambus!”
No comments:
Post a Comment